Ibn Khaldun International Institute of Advanced Research (Institut Penyelidikan Lanjutan Antarabangsa Ibnu Khaldun)

Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (atau ISTAC) ialah sebuah institusi penyelidikan mandiri[1] dan pascasiswazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terletak di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin di Jalan Duta, Kuala Lumpur, Malaysia. Ia didirikan oleh Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas dengan tiga pilihan tumpuan: Pemikiran Islam, Sains Islam dan Peradaban Islam.[2]Didirikan pada 27 Februari 1987 dan dibuka secara rasmi pada 4 Oktober 1991 oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad,[3] Berikutan krisis politik Malaysia pada akhir 1998 yang memberi kesan kepada pendidikan, ISTAC perlahan-lahan mengalami rombakan secara perlembagaan dan pengelolaan, setelah diambil alih oleh UIAM.[4]Sejak penamatan kontrak Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas sebagai Pengarah pada 2002,[5] ISTAC telah berkali-kali berganti dekan, berubah-ubah nama serta kurikulumnya. Malah, ia pernah ditutup secara rasmi. Menjelang akhir 2015 ISTAC telah ditutup dan diganti namanya menjadi Institut Penyelidikan Lanjutan Antarabangsa Ibnu Khaldun atau ISLAH.[6]Setelah dibuka kembali, pada 27 Oktober 2017 ISTAC diganti namanya menjadi Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu[7] Nama ISTAC terus diguna pakai dengan visi dan misi yang berbeza dari asal.[8]